Tuesday, 10 January 2012

Ada Apa Dgn " Biar Mimpi Sampai Ke Bintang...???

nak tau ada apa dlm citer ni...?? ada lawak, ada sedih, ada apa itu erti kwn dan paling penting ada apa ngan cinta :)

Sinopsis : Alyah adalah seorang gadis remaja biasa yang baru menerima keputusan SPMnya. Dia bermimpi untuk menyambung pelajarannya ke pengajian tinggi, tetapi oleh sebab pemikiran ibunya, Peah, yang masih kekampungan yang mengutamakan anak lelaki, Alyah terpaksa mengikut kehendak ibunya untuk menolong di gerai ayam mereka di pasar.

Andy Rasputra adalah seorang anak jutawan dari Bandung yang menetap di Malaysia. Dia rimas dengan kehidupannya di Malaysia kerana dia merasakan semua orang yang ingin berkawan dengannya adalah disebabkan kekayaannya.


Pada suatu hari Andy mengambil keputusan untuk berpura-pura menjadi miskin dengan pertolongan bekas pembantu rumahnya, Mak Yam. Sementara itu, Kinah, kawan baik Alyah menyuruh Alyah berpura-pura menjadi kaya agar dia tersangkut dengan teman yang kaya supaya impianya tercapai. Alyah dan Andy bertemu melalui laman facebook dan mula jatuh cinta. Andy akhirnya memberitahu hal sebenar tentang dirinya kepada Alyah, ketika Alyah ingin memberitahu keadaan sebenar, dia dihentikan oleh Kinah. Tetapi segala-galanya terbongkar apabila ibu Alyah menyangka yang dia akan menjadi GRO. Apabila Andy mendapat tahu keadaan yang sebenar, dia amat kecewa dan berlalu meninggalkan Alyah. Pelakon utama Randy Panggalila sebagai randy, Elfira Loy sebagai Alia, Didi Alias sebagai mak yam, Mahmud Ali Bashah sebagai bapa randy, Sharifah Sakinah sebagai kawan baik alia & Sharifah Sahora sebagai ibu Alia








hehehe...bila tengok hero dia...aduh handsome kan...??....tp yang buat cerita ni menarik bkn sbb hero ngan heroin dia..tp sbb si Sharifah Sakinah yang jadi kawan baik si alyah ni..sies mula2 dgr tajuk citer x minat langsung..tp bila blk kg abah ngan adik aku sibok kat best... aku pon cr kat youtube... sies..mmg lawak kawan alyah ni ha.... anak org kaya tp BI sumpah ke laut...:)







antara dialog dia..mmg lawak abis....
1. Bapak aku bg presten ( walhal present).
2. Ipad -Ipad..(padahal Ipad 2).
3. I'm very2 rach ( sbnarnyer rich).
4. Sorry to say...sorry to say...(tu jer la yg dia tau sebut).
5. French2...( nak sebut friends jer pon)...

hahaha...byk lg yg lawak tp kena gengar dan tgk citer ni br tau best ker x...didie alias pon blh tahan lawak nyer dlm citer ni..so apa lg...pada yg blm tgk selamat menonton.. pada yg dah tgk jom tgk lg...:)






































































No comments:

Post a Comment